“…papan tidak lagi putih”

“…papan tidak lagi putih”

ppanputihUNGKAPAN di atas amat menarik dan mempunyai pengertian yang sangat mendalam. Dulunya papan tulis yang ada di bilik-bilik darjah adalah berwarna hitam atau hijau dan menulis dengan menggunakan kapur. Ibu bapa saya menceritakan, dulunya mereka menggunakan tablet untuk menulis. Apa…? Ya tablet…tablet pada masa itu adalah sebuah batu nipis yang boleh ditulis di atasnya dengan menggunakan batu lembut. Kita lahir selepas era tersebut.

Namun tanpa disedari melalui kemajuan, ia sudah bertukar kepada warna putih (whiteboard) dan pastinya menggunakan whiteboard marker. Perubahan ini pun saya tidak sedari, maklumkan saya meninggalkan bilik darjah pada lewat tahun 90-an. Jadi apabila masuk semula ke sekolah pada tahun 2012, walla…sudah menggunakan whiteboard. Perubahan dan kedinamikan sentiasa berlaku. Malah perubahan itu sentiasa berlaku sehingga sesiapa yang tidak mengikutinya akan pasti ketinggalan…

Continue reading

SINGGAHMATA?

orkidiab“SINGGAHMATA” <—-Perkataan ini sebagaimana perkataan yang digunakan membawa maksudnya sendiri secara literal. Tidak ada makna di sebaliknya. Perkataan ini seringkali digunakan oleh masyarakat Sabah untuk menamakan sesuatu tempat persinggahan di tepi jalan-jalan utama. Tempat-tempat persinggahan ini merupakan sebuah tempat yang mempunyai gerai-gerai makanan, buah-buahan atau sayur-sayuran. Selain daripada tempat untuk membeli-belah, tempat-tempat ini juga adalah tempat untuk berehat sebentar setelah penat memandu, dan tentunya sambil “kupi-kupi”–:)

Continue reading

OBJEKTIF SINGGAHMATA PENDIDIKAN ABAD KE-21

spa21Secara keseluruhannya Singgahmata berkisar tentang pembelajaran abad ke-21. Pecahan pembentanganh kertas  dibuat daripada yang berbentuk konsep kepada bentuk praktikal agar peserta akan dapat melihat kesinambungan pelaksanaan gaya pembelajaran abad ke-21 ini di sekolah. Isu utama ialah sekolah kurang pasti dan kurang jelas tentang tatacara pelaksanaan gaya pembelajaran ini. Adakah hanya cukup untuk menyusun merja dalam bentuk kumpulan?

Dalam Singgahmata ini, peserta akan mengetahui dengan jelas perkara-perkara berikut:

1. Apakah itu PA21?
2. Bagaimanakah boleh berlakunya transformasi dalam pendidikan?
3. Bagaimanakah pentadbir melaksanakan pendidikan abad ke-21 di sekolah? Apakah instrumen atau kriteriakriteria yang boleh digunakan?
4. Apakah teknik P&P yang komprehensif bagi pelaksanaan PA21 di sekolah?